Isnin, 31 Ogos 2009

BUNTING SOLAT SUNAT AIDILFITRI, TASBIH DAN TAKBIR RAYA.

Klik pada gambar untuk imej yang besar.

BUNTING SOLAT SUNAT AIDILFITRI, TASBIH DAN TAKBIR RAYA.

Material : Synthetic Paper 720Dpi.

Saiz : 2' X 5'

Harga : RM 48.00

Rabu, 26 Ogos 2009

DOA MENGHINDAR PENYAKIT MENULAR (H1N1).

Memandangkan sekarang negara kita dilanda H1N1, eloklah rasanya kita memberi ruang pada diri kita memohon kepada Allah SWT supaya dihindarkan dari bala dan wabak penyakit, banyakkan berdoa dan sembahyang hajat, kalau boleh setiap solat 5 waktu kita tidak tinggal doa menghindar dari penyakit atau doa tolak bala. Dibawah ini salah satu doa yang mudah dihafal, amalkanlah semoga kita terhindar dari wabak penyakit ciptaan Allah SWT.



Selasa, 25 Ogos 2009

MALAM LAILATUL QADAR

Sumbernya adalah daripada kitab Ghaliatul Mawaa’iz, nukilan dari kitab Ghuniyyah karangan Syaikh ‘Abdul Qadir Jailani rah, ada sebuah hadis diriwayatkan oleh Ibnu Abbas ra.huma dinyatakan bahawa:

(Pada malam Lailatul Qadar) Dengan arahan Malaikat Jibrail a.s, para malaikat akan bertebaran dan tidak ada satu rumah pun samada kecil atau besar, di darat atau di laut yang ada di dalamnya orang-orang yang beriman kecuali mereka (malaikat) memasukinya untuk bersalaman (dengan org yg menghidupkan malam tersebut) tetapi mereka tidak akan masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya anjing, khinzir, orang yang berhadas besar kerana zina atau gambar ( gambar manusia atau haiwan yang tergantung).”

PANDUAN TARAWIH DI BULAN RAMADAN



PANDUAN TARAWIH DI BULAN RAMADAN

1 – Pengertian

Tarawih membawa perngertian Qiyam Ramadhan (berdiri solat/menunaikan solat malam) di awal malam. (Lihat: Majmu’u Fatawa ‘Syaikh Abdul Aziz bin Bazz) Juga disebut sebagai solat tarawih kerana mereka yang melaksanakannya disunnahkan beristirehat di setiap selesai solat empat raka’at. (Lihat: al-Qaamuusul Muhith, m/s. 282. Lisanul ‘Arab, oleh Ibnu Manzhur, 2/462)

2 - Pensyari’atan & Perlaksanaannya

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda,“Barangsiapa yang mengerjakan qiyam Ramadhan kerana iman dan mengharapkan pahala, maka diampuni dosanya yang telah lalu.” (Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Imam an-Nawawi rahimahullah menyatakan bahawa, “Para ulama telah sepakat menyatakan akan tuntutan sunnahnya solat tarawih.” (Syarh Nawawi ‘Ala Shahih Muslim, 6/286)

Solat tarawih disyari’atkan untuk dilaksanakan pada malam ramadhan dan secara berjama’ah berdasarkan hadis ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha:

“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah pada suatu malam keluar dan solat di masjid, kemudian orang-orang pun mengikuti solat bersamanya, dan keesokan harinya mereka membincangkan tentang solat tersebut. Maka seterusnya berkumpullah orang-orang mengikuti solat bersamanya lebih ramai dari sebelumnya. Keesokan harinya mereka membincangkan lagi, hingga bertambah banyaklah penghuni masjid pada malam ketiga. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam keluar dan solat, ketika malam ke empat masjid tidak mampu menampung jama’ah, hingga beliau hanya keluar untuk melakukan solat subuh. Setelah selesai solat beliau menghadap manusia dan bersyahadat kemudian bersabda, “Amma ba’du, sesungguhnya aku mengetahui perbuatan kalian semalam, namun aku bimbang jika aku keluar melaksanakannya bersama kalian, solat (terawih) tersebut akan diwajibkan ke atas kalian, sehingga kalian tidak mampu mengerjakannya”. Keadaan ini berlaku di dalam bulan Ramadhan. Setelah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam wafat, solat terawih tetap seperti itu.”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ketika Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam menemui Rabbnya (dalam keadaan seperti keterangan hadis di atas) maka bererti syari’at telah tetap, maka solat tarawih berjama’ah disyari’atkan kerana kebimbangan tersebut telah hilang dan ‘illat telah hilang. Sesungguhnya ‘illat itu seiring bersama ma’lulnya (alasannya), adanya atau tidak adanya.

Juga dari hadis Abu dzarr,

Diriwayatkan dari Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, “Kami berpuasa bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pada bulan ramadhan, dan beliau tidak pernah sedikit pun mengerjakan solat malam bersama kami dalam bulan tersebut, sehingga berbaki tujuh hari. Kemudian beliau solat bersama kami (sebagai imam) sehingga berlalu sepertiga malam. Kemudian beliau tidak solat bersama kami pada malam yang ke-empat. Kemudian beliau bersolat bersama kami pada malam berikutnya sehingga berlalu separuh. Kami mengatakan, “Wahai Rasulullah, alangkah baiknya jika engkau mengerjakan solat malam bersama kami pada baki malam kami ini.

Beliau menjawab,

Sesungguhnya jika seseorang solat bersama imam hingga imam pergi, maka ditulis baginya pahala solat malam dari baki malamnya itu.
Kemudian beliau tiak keluar mengimami kami pada malam yang keenam, dan beliau mengimami kami lagi pada malam yang ketujuh. Beliau mengutus seseorang untuk membangunkan keluarganya, dan orang-orang pun berkumpul. Lalu beliau mengimami kami, sehingga kami khuwatir terlewat makan sahur.” (Hadis Riwayat Abu Daud, at-Tirmidzi, an-Nasa’i, dan Ibnu Majah)

Dan yang menghidupkan kembali sunnah ini adalah Khalifah Umar bin al-Khaththab radhiyyallahu ‘anhu sebagaimana dikhabarkan demikian oleh Abdurrahman bin Abdin al-Qariy, beliau berkata, “Aku pernah keluar bersama Umar bin al-Khaththab Radhiyallahu ‘anhu suatu malam di bulan Ramadhan ke masjid, ketika itu manusia berkelompok-kelompok ada yang solat sendirian dan ada yang berjama’ah, maka Umar berkata, “Aku berpendapat sekiranya mereka dikumpulkan dengan satu imam, niscaya akan lebih baik”. Kemudian beliau mengumpulkan mereka dalam satu jama’ah dengan imam (dipimpin) oleh Ubay bin Ka’ab. Setelah itu aku keluar bersama imam mereka. Umar pun berkata, “Sungguh ini adalah sebaik-baik pembaharuan (yang pertama kali wujud pada masa Umar – ed.), orang yang tidur lebih baik dari yang bangun, ketika itu manusia solat di awal malam”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/218) dan tambahannya dalam riwayat Imam Malik (1/114) dan Abdur Razaq (7733))

3 - Berapa Jumlah Raka’atnya?

Manusia berbeza pendapat berkenaan batasan rakat’at, namun pendapat yang paling bertepatan dengan petunjuk Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah lapan raka’at tanpa witir berdasarkan hadis ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha:

“Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak pernah solat malam di bulan Ramadhan atau selainnya lebih dari sebelas raka’at.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (3/16) dan Muslim (736))

Apa yang disampaikan oleh ‘Aisyah Radhiyallahu ‘anha tersebut dibenarkan oleh Jabir bin ‘Abdillah radhiyallahu ‘anhu, beliau menyatakan, “Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam menghidupkan malam Ramadhan bersama manusia lapan raka’at kemudian witir.” (Hadis Riwayat Ibnu Hibban di dalam Shahihnya (920))

Ketika Umar bin al-Khaththab menghidupkan sunnah ini beliau mengumpulkan manusia dengan sebelas raka’at bersesuaian dengan sunnah yang sahih sebagaimana yang diriwayatian oleh Malik (1/115) dengan sanad yang sahih dari jalan Muhammad bin Yusuf dari Saib bin Yazid, ia berkata, “Umar bin al-Khaththab menyuruh Ubay bin Ka’ab dan Tamim ad-Dari untuk mengimami manusia dengan sebelas raka’at.” Ia berkata, “Ketika itu imam membaca dua ratus (200) ayat sehinggakan kami bersandar pada tongkat kerana lamanya berdiri, kami tidak pulang kecuali ketika mula menjelangnya fajar.”
Riwayat beliau ini kemudiannya diselisihi oleh riwayat dari Yazid bin Khashifah, beliau berkata, “Dua puluh raka’at.”

Riwayat Yazid ini syadz (ganjil/menyelisihi yang lebih sahih), kerana Muhammad bin Yusuf lebih tsiqah dari Yazid bin Khashifah. Riwayat Yazid tidak boleh dikatakan ziyadah tsiqah jiika keadaannya seperti ini, kerana ziyadah tsiqah itu tidak ada perselisihan, tetapi hanya sekadar tambahan ilmu saja dari riwayat tsiqah yang pertama sebagaimana yang disebutkan dalam Fathul Mughits (1/199), Muhashinul Istilah (hal. 185), al-Kifayah (hal. 424-435). Kalaulah seandainya riwayat Yazid tersebut sahih, itu adalah perbuatan, sedangkan riwayat Muhammad bin Yusuf adalah perkataan, dan perkataan lebih diutamakan dari perbuatan, sebagaimana telah ditetapkan dalam ilmu ushul fiqih.
Abdur Razaq meriwayatkan dalam al-Mushannaf (7730) dari Daud bin Qais dan lainnya, dari Muhammad bin Yusuf dari Saib bin Yazid, bahawa Umar mengumpulkan manusia di dalam bulan Ramadhan dengan dua puluh satu raka’at, membaca dua ratus ayat, selesai ketika fajar.”

Riwayat ini bertentangan dengan apa yang diriwayatkan oleh Malik dari Muhammad bin Yusuf dari Saib bin Yazid. Namun, zaahir sanad Abdur Razaq adalah sahih dan seluruh rawinya tsiqah.

Sebahagian mereka berhujjah dengan riwayat ini, mereka menyangka riwayat Muhammad bin Yusuf adalah mudhtharib (saling bertentangan/bercanggah), hingga selamatlah pendapat mereka dua puluh rakaat yang terdapat dalam hadis Yazid bin Khashifah.

Namun sebenarnya sangkaan mereka ini tertolak, kerana hadis mudhtharib adalah hadis yang diriwayatkan dari seorang rawi satu kali atau lebih, atau diriwayatkan oleh dua orang atau lebih dengan lafadz yang berbeza-beza, mirip dan sama, tapi tidak ada yang boleh menguatkan (mentarjih mana yang lebih kuat).

Adapun syarat tersebut sama sekali tidak terdapat di dalam hadis Muhammad bin Yusuf, bahkan riwayat Malik lebih rajih daripada riwayat ‘Abdur Razzaq.

Kami ketengahkan hal ini sekiranya kita menganggap bahawa sanad Abdur Razzaq selamat dari ‘illat (cacat), akan tetapi hakikatnya tidak demikian, kita jelaskan sebagai berikut:

1 - Yang meriwayatkan hadis dari Abdur Razaq lebih dari seorang, di antaranya adalah Ishaq bin Ibrahim bin Ubbad ad-Dabari.

2 - Hadis ini dari riwayat ad-Dabari dari Abdur Razzaq, dan dialah yang meriwayatkan Kitabus Shaum. (al-Mushannaf, 4/153)

3 – Ad-Dabari mendengar dari Abdur Razaq beberapa karyanya ketika berumur tujuh tahun. (Mizanul I’tidal, 1/181)
4 – Ad-Dabari bukan perawi hadis yang dianggap sahih hadisnya, juga bukan seorang yang ahli dalam bidang hadis. (Mizanul I’tidal, 1/181)
5 - Oleh kerana itu dia banyak keliru (kesalahan) dalam meriwayatkan dari Abdur Razzaq. Dia banyak meriwayatkan dari Abdur Razzaq hadis-hadis yang mungkar, sebahagian ahlul ilmi telah mengumpulkan kesalahan-kesalahan Ad-Dabari dan tashif-tashifnya (kekeliruannya) di dalam Mushannaf Abdur Razaq.

Dari penjelasan tersebut maka jelaslah bahawa riwayat ini mungkar dan mushahhaf (telah diubah) sehingga tidak dapat dijadikan sebagai hujjah. ad-Dabari dalam meriwayatkan hadisnya diselisihi oleh orang yang lebih tsiqah darinya, yang mententeramkan hadis ini kalau kita nyatakan hadis inipun termasuk tashifnya ad-Dabari, dia mentashifkan dari sebelas raka’at (menggantinya menjadi dua puluh satu raka’at) dan kita telah mengetahui bahwa dia banyak berbuat tashif.

Maka, jelaslah bahawa sunnah yang sahih yang adalah yang diriwayatkan di dalam al-Muwatha’ (1/115) dengan sanad yang sahih dari Muhammad bin Yusuf dari Saib bin Yazid. Wallahu a’lam.

4 - Istirehat Di Antara Dua Tarawikh (Empat Rakaat dengan Dua Salam)

Para ulama fiqh sepakat ke atas disunnahkannya istirehat setelah setiap empat rakaat, kerana amalan ini merupakan amalan para salaf (para sahabat). Dahulu mereka memperlama berdiri dalam solat tarawih, dan mereka duduk setelah setiap empat rakaat untuk beristirehat. (Lihat: Kasyaf al-Qanna’, 1/425. dan Muthalib Uli an-Nuha, 1/563)

Ini adalah berdasarkan hadis berikut,

Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, ia berkata, “Rasulullah tidak pernah menambah solat malam lebih dari sebelas rakaat, sama ada pada bulan Ramadhan atau pun di luar Ramadhan. Beliau solat empat rakaat, dan jangan ditanyakan tentang bagus dan panjangnya. Kemudian beliau solat empat rakaat, dan jangan ditanyakan tentang bagus dan panjangnya. Kemudian beliau solat tiga rakaat”. (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ini menunjukkan bahawa ada pemisahan di antara setiap empat rakaat solat. Perlulah difahami bahawa di ketika istirehat atau pemisahan di antara dua solat terawih tidaklah ada sunnahnya untuk melaksanakan dzikir-dzikir tertentu mahupun selawat-selawat tertentu sebagaimana yang banyak dilakukan oleh sebahagian kelompok manusia. Apatah lagi apabila mereka melaksanakannya dengan cara berjama’ah (beramai-ramai) dan dengan suara-suara yang kuat. Semua itu adalah merupakan bentuk tambahan-tambahan yang tidak tsabit dari Nabi Shalallahu ‘alaihi wa Sallam, juga tidak tsabit dari para sabahat radhyallahu ‘anhum. Malahan, ianya menjurus kepada bid’ah iaitu berlebih-lebihan dalam beramal yang akhirnya menjauhkan manusia dari ruh agama yang sebenar.

5 - Bacaan Surah Dalam Solat Tarawih

Tidak ada satu sunnah pun yang menunjukkan adanya bacaan-bacaan khusus bagi solat tarawih ini. Maka, terpulang kepada individu atau imam untuk memilih surah mana yang mudah dan sesuai baginya. Panjang bacaan pula berbeza-beza menurut keadaan dan situasi. Seseorang imam boleh membaca bersesuaian dengan kadar yang tidak akan menjadikan jama’ahnya meninggalkannya. Jika para jama’ah redha agar imam memanjangkan bacaannya maka itu adalah yang lebih utama.
6 - Mengerjakan Solat Bersama Imam Sehingga Selesai

Mereka yang melaksanakan solat di belakang imam, seharusnya ia menyelesaikan solat bersamanya dan tidak berpisah dengannya sebelum imam pergi. Dalam hadis Abu dzarr, bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda,

“Barangsiapa yang solat bersama imam sehingga selesai, maka ditulis baginya pahala qiyam penuh satu malam.” (Hadis Riwayat Abu Daud, at-Tirmidzi, an-Nasa’i, dan Ibnu Majah)Jika imam berwitir pada akhir raka’atnya, maka ia turut berwitir bersama-sama dengan imam tersebut. Tidak mengapa jika dia masih mahu mengerjakan solat sunnah yang seterusnya. Ini adalah sebagaimana yang telah disebutkan sebagaimana dalam artikel “Menutup Malam Dengan Witir”.
7 – Bersungguh-sungguh untuk Melakukan Qiyam Di Penghujung Ramadhan

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda,

“Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan pahala maka akan diberikan ampunan kepadanya atas dosanya yang telah berlalu. Dan barangsiapa bangun pada malam al-Qadar (lailatul Qadar) dengan penuh keimanan dan pengharapan pahala, maka akan diberikan ampunan kepadanya atas dosanya yang telah berlalu.” (Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Dari ‘Aisyah dia menyatakan bahawa, “Jika masuk sepuluh hari terakhir dalam bulan Ramadhan, Nabi shallallahu ‘alaihi wa Sallam menghidupkan malam, membangunkan keluarganya, bersungguh-sungguh, dan memperkuatkan ikatan kainnya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim)

8 - Waktu Untuk Solat Tarawih

Solat terawih dilakukan selepas ditunaikan solat fardhu Isya’ dan selepas solat sunnah rawatibya. (Rujuk: Syaikh Ibnu Utsaimin, asy-Syarhul Mumti’ ‘alaa Zaadil Mustaqni, 4/82)


Jumaat, 21 Ogos 2009

PANDUAN SOLAT SUNAT TARAWIH

Marhaban Ya Ramadhan... Malam nie dah mula kita bertarawih, kepada pengunjung laman blog ini, anda dibenarkan untuk copy dan print panduan solat sunat tarawih di bawah ini. supaya kita mudah dan senang mengerjakan ibadah pada malam-malam ramadhan ini.

BACAAN SURAH-SURAH.
BACAAN SELAWAT, ZIKIR DAN TASBIH.

DOA SELEPAS SOLAT SUNAT TARAWIH.


Sabtu, 15 Ogos 2009

BANNER BACAAN SURAH YAASIN DAN SOLAT HAJAT

BANNER BACAAN YAASIN DAN SOLAT HAJAT.
ORDER : SK BATU SEMBILAN. JALAN CHERAS.

Material : Vinyl Tarpauline 600 Dpi.
Saiz : 5' X 3'
Harga : RM 67.00

Isnin, 10 Ogos 2009

BUNTING DOA SELEPAS SOLAT SUNAT TARAWIH

Material : Synthetic paper 720Dpi.
Saiz : 2' X 4' (psqft)
Harga : RM38.00
Material : Vinyl 600Dpi.
Saiz : 2' X 4' (psqft)
Harga : RM 36.00

Sabtu, 8 Ogos 2009

BUNTING PANITIA MUZIK

MUZIK IRAMA (detik, meter)
Material :Vinyl 600Dpi.
Saiz : 2' X 4'
Harga : RM 36.00

MUZIK (corak irama)
Material :Vinyl 600Dpi.
Saiz : 2' X 4'
Harga : RM 36.00

MUZIK IRAMA (tekanan)
Material :Vinyl 600Dpi.
Saiz : 2' X 4'
Harga : RM 36.00


Selasa, 4 Ogos 2009

BUNTING SOLAT SUNAT TARAWIH

Untuk tindakan ustaz ibrahim albanjari. logo BIC dan logo AMAL MALAYSIA.



Ahad, 2 Ogos 2009

BUNTING PANITIA MUZIK (alat-alat muzik)

Muzik alat-alat genderang /perkusi.
Material : Vinyl 600Dpi.
Saiz : 2' X 4' (psft).
Harga : RM 36.00

Muzik (alat-alat muzik gendang).
Material : Vinyl 600Dpi.
Saiz : 2' X 4' (psft).
Harga : RM 36.00

Muzik( alat-alat muzik tiupan ).
Material : Vinyl 600Dpi.
Saiz : 2' X 4' (psft).
Harga : RM 36.00


Muzik (alat-alat muzik bertali).
Material : Vinyl 600Dpi.
Saiz : 2' X 4' (psft).
Harga : RM 36.00