Rabu, 24 Jun 2009

FADHILAT ASMA'UL HUSNA

Mereka yang menghafal dan mengamalkan Asma'ul Husna, InsyaAllah akan masuk syurga.
(Maksud sebuah Hadith Rasulullah SAW, riwayat Bukhari)

Sabda Rasulullah SAW bermaksud:-
Dari Abu Hurairah ra., beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda; " Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu seratus kurang satu; sesiapa yang menghafal seluruhnya masuklah ia ke syurga."

Sesungguhnya sangat besar pahala dan fadhilatnya bagi sesiapa yang mengamalkan membaca dan menghafal Asma'ul Husna ini. Selain daripada masuk syurga, mereka yang mengamalkannya, Insya Allah akan:-

* Dimakbulkan hajatnya.
* Dilimpahkan rezekinya dan kekayaan.
* Terselamat dari bala bencana.
* Disembuhkan penyakitnya.
* Ditingkatkan kedudukan dan darjatnya.
* Diterangkan hati semasa menuntut ilmu.
* Sejahtera dan bahagia hidupnya.
* Dan berbagai-bagai lagi fadhilatnya.

Tiada ulasan: