Isnin, 6 Julai 2009

FADHILAT AMALAN AYAT AL-KURSI


Terdapat banyak hadis Rasulullah s.a.w (yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan lain-lain) yang menerangkan fadhilat-fadhilat itu. Di antaranya ialah:
1. Sesiapa yang sentiasa beramal membacanya pada setiap selepas solat, nescaya dikurniakan pahala seumpama pahala orang yang muttaqin dan pahala balasan amal orang-orang siddiqin iaitu syurga.
2. Sesiapa yang membaca Ayat Al-Kursi ketika hendak tidur, nescaya Allah mengurniakan keselamatan kepadanya dan jiran-jirannya.

3. Sesiapa yang membaca Ayat Al-Kursi sebanyak 170 kali pada waktu tengah malam kerana sesuatu hajat, insya-Allah akan berhasil hajatnya.

4. Sesiapa yang menemui halangan atau kesusahan dalam usaha mencari rezeki, bacalah Ayat Al-Kursi 170 kali, insya-Allah akan terlepas dari kesusahan itu dan mudah rezekinya serta tercapai hajatnya.

5. Sesiapa yang membaca Ayat Al-Kursi sebanyak 170 kali, diikuti dengan solat hajat di tengah malam pada tempat sunyi dan bersih, insya-Allah akan berhasil hajatnya.

6. Sesiapa yang naik marah, bacalah Ayat Al-Kursi, insya-Allah akan dijauhkan daripada syaitan yang memanaskan hatinya. Mereka yang rajin menamalkan membacanya Ayat Al-Kursi dapat dijauhi dari bala bencana dan gangguan syaitan.

Tiada ulasan: